Peti Surat No. 78, 95007 Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Tel: 6083-322066, 322072 Fax: 6083-320829

 

 

Hubungi MDSA
Kerajaan Negeri Sarawak
www.sarawak.gov.my
MAMPU
www.mampu.gov.my
KASKAnet
www.moeswk.gov.my

 

 

 

Berikut adalah fungsi/perkhidmatan Majlis Daerah Sri Aman:

  • Melesenkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja.
  • Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pembersihan longkang, parit dan jalanraya.
  • Menyediakan Kaunter Kutipan Hasil.
  • Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.
  • Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
  • Meyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.
  • Memungut cukai-cukai pintu rumah di bandar dan di luar bandar.
  • Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, kompleks sukan, mini stadium, kolam renang, perhentian bas, perhentian teksi dan perpustakaan.
  • Mengurus Sistem Trafik.
  • Memberikan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ke sekolah-sekolah di luar bandar.
  • Menguatkuasakan Undang-undang Kuasa Tempatan.
Perkhidmatan/Aktiviti yang diberi mengikut Bahagian-bahagian tertentu:

Bahagian Pentadbiran

  • Merupakan Sekretariat kepada keseluruhan organisasi.
  • Bertindak sebagai Penasihat kepada pembuat polisi yang berkaitan dengan prosedur atau dasar kerajaan dan peraturan-peraturan sosial dan ekonomi.
  • Mengawal kemajuan dan pembangunan ke atas perlaksanaan program-program sosial dan ekonomi.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia seperti perjawatan, latihan, pencen dan sebagainya.


Bahagian Perbendaharaan 

  • Bertanggungjawab memastikan kebersihan kualiti perkhidmatan kaunter kepada orang ramai.
  • Memastikan hasil-hasil Majlis dikutip dengan sempurna dan urusan penutupan harian di kaunter dijalankan dengan baik.
  • Menyediakan Draf Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan, Permohonan "Virement/Supplementary Provision".
  • Menguruskan "Local Purchase Order" (LPO) dan "Service Order" (SO) dan penyediaan pembayaran baucer.
  • Menguruskan perakaunan melalui penyediaan Abstrak Bulanan, Penyata Penyelesaian Bank, penghantaran Akaun Bulanan, penyediaan Akaun Tahunan, pengurusan Pelaburan Simpanan Majlis, penyediaan Borang Hasil Terpakai dan Belum Dipakai.
  • Menjalankan urusan pentadbiran seperti menghadiri mesyuarat dan urusan surat-menyurat.


Bahagian Penilaian Dan Pencukaian

  • Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penilaian dan ukurperiksa ke atas harta benda dan bangunan seperti menyiapkan Rekod Ukurperiksa, mendaftarkan harta yang telah diukurperiksa dan membuat penilaian harta.
  • Bertanggungjawab ke atas urusan tukar milik harta.
  • Menyediakan Notis Taksiran dan Notis Menagih Cukai Pintu kepada pemilik-pemilik harta.
  • Menguruskan harta yang dilaporkan telah roboh dan melakukan siasatan susulan.
  • Menguruskan permohonan pengecualian dan pengurangan Cukai Pintu.


Bahagian Penguatkuasa

  • Menguatkuasa Undang-undang Kecil (By-Laws) Majlis Daerah Sri Aman.
  • Memastikan masyarakat supaya mengetahui, memahami dan mematuhi Undang-undang Kecil Majlis.
  • Penguatkuasa dengan mengeluarkan tawaran kompaun kepada pesalah-pesalah di bawah Undang-undang Tempatan.


Bahagian Perpustakaan

  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada orang ramai bagi menggalakkan tabiat suka membaca.
  • Meyelaraskan dan mengawal operasi dan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ke sekolah-sekolah di luar bandar.
  • Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Desa ke kawasan-kawsan pedalaman.


Bahagian Kerja Raya

  • Merancang, merekabentuk, melaksana dan mengawal projek-projek pembangunan Majlis selari dengan keperluan dan kehendak penduduk setempat dan peruntukan kewangan yang ada.
  • Mengindahkan, memperbaiki dan menambahkan keindahan kawasan persekitaran bandar melalui kerja-kerja pelanskapan.
  • Memastikan dan melaksanakan penyelenggaraan yang berterusan ke atas aktiviti-aktiviti membaikpulih jalanraya, parit, taman rekreasi, rumput dan sebagainya untuk kepuasan pihak awam.
  • Memproses dan meluluskan permohonan pelan bangunan bagi bangunan persendirian dan bangunan perniagaan dan memastikan bangunan tersebut mencapai kualiti dan piawaian yang telah ditetapkan dalam Bilding Ordinance 1994.


Bahagian Kesihatan Awam

  • Melaksanakan pemeriksaan ke atas premis-premis makanan dan minuman untuk menilai tahap kebersihan makanan dan minumun supaya selamat untuk kegunaan orang ramai.
  • Menyediakan pelan tindakan tahunan untuk kawalan vektor bagi mencegah wabak penyakit berjangkit seperti perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pelupusan sampah, menyapu dan membersih parit, jalanraya dan tandas awam.
  • Memastikan aktiviti pengeluaran dan pembaharuan lesen-lesen perniagaan dan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan beroperasi dengan lancar dan berkesan.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Sri Aman 2008

 

 

 

Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia.

Projek Gemilang