Peti Surat No. 78, 95007 Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Tel: 6083-322066, 322072 Fax: 6083-320829

 

 

Hubungi MDSA
Kerajaan Negeri Sarawak
www.sarawak.gov.my
MAMPU
www.mampu.gov.my
KASKAnet
www.moeswk.gov.my

 

 

 

Sri Aman adalah sebuah daerah yang sedang pesat membangun. Majlis Daerah Sri Aman merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 1971) untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di Sri Aman. Majlis Daeah Sri Aman yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Batang Lupar (BLDC) telah ditubuhkan pada tahun 1949. Pada masa itu, Negeri Sarawak diperintah oleh Kerajaan British. Kini, pejabat barunya terletak di Jalan Sabu, Sri Aman dengan mempunyai 118 orang kakitangan pelbagai jawatan. Pejabat baru Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) ini telah dirasmikan oleh YB Encik Alfred Yap Chin Loi, ABS, PBS, Menteri Muda Kebudayaan Belia Dan Sukan Sarawak pada 24 Julai 1993.

Penubuhan Majlis-majlis di Sarawak adalah hasrat kerajaan supaya masyarakat di sesebuah daerah dapat menyumbangkan idea dan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat sejagat. Dengan demikian, Majlis Daerah Sri Aman memainkan peranan utama dalam usahanya mentadbir dan memberikan kemajuan dan pembangunan kepada warga Daerah Sri Aman.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Sri Aman 2008

 

 

 

Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia.

Projek Gemilang