Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Apr 2018
Versi 8.0.4a

KENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kalangan kontraktor - kontraktor Bumiputera yang berdaftar daengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) yang masih sah dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi perolehan kerja - kerja seperti berikut :


2. Dokumen Tender boleh diperolehi pada waktu pejabat setelah pembayaran dilakukan untuk Yuran Dokumen (tidak dikembalikan) dalam bentuk Wang Tunai dan hanya dijual kepada kontraktor yang sah dan mengikut syarat yang ditetapkan.

3. Kontraktor atau wakil kontraktor dikehendaki membawa Lesen Asal dan sesalinan lesen UPKJ dan CIDB untuk semakan sebelum dokumen tender boleh dikeluarkan.

4. Dokumen tender yang dikemukakan harus disertakan dengan dokumen dokumen seperti berikut:-

a. Sijil Pendaftaran Perniagaan;
b. Sijil Pendaftaran Kontraktor Negeri (UPKJ)
c. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB)
d. Perakuan Pendaftaran CIDB
e. Surat Pendaftaran GST

Kegagalan berbuat demikian, Jawatankuasa Tender boleh menolak tawaran tender.

5. Dokumen tender yang sempurna diisi hendaklah dimeteraikan dengan menggunakan sampul surat yang diatasnya bertanda SULIT dan ditulis dengan jelas tarikh tutup, nombor dan tajuk tender dan perlu dimasukkan ke dalam peti tender beralamat seperti berikut:-

SETIAUSAHA
MAJLIS DAERAH SRI AMAN
PETI SURAT 78
95007 SRI AMAN

6. Tarikh tutup bagi tender di atas adalah pada 30.04.2018(Isnin) jam 12:00 tengah hari dan sebarang dokumen tender yang diterima selepas masa yang ditetapkan akan ditolak.

7. Tempoh sah laku tender hendaklah 90 hari dari selepas tarikh tutup.

8. Kerajaan tidak  terikat untuk menerima tawaran tender yang terendah atau mana-mana tawaran.

(NELSON MUJAH GIRIE)
SETIAUSAHA
MAJLIS DAERAH SRI AMAN