Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 23 Jan 2018
Versi 8.0.3
Jangan guna geran kerajaan untuk kepentingan peribadi
Tarikh : 11 Feb 2017  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang mengingatkan setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) daerah ini agar menggunakan geran diagihkan wakil rakyat untuk tujuan pembangunan bukan  kepentingan peribadi.

Menurutnya, sepatutnya geran disalur wakil rakyat itu untuk pembangunan serta melaksanakan pelbagai program di rumah panjang atau kampung masing-masing bukan untuk kepentingan peribadi JKKK, persatuan serta pertubuhan terlibat.

"Wakil rakyat tidak mahu melihat ada JKKK membahagi geran disalur untuk kepentingan peribadi. Sebaliknya geran itu diguna untuk pembangunan rumah panjang, kampung, persatuan serta pertubuhan atau untuk mengadakan aktiviti masing masing," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Bruen, Kampung Kara dekat sini kelmarin.

Dalam hal ini, peranan pengerusi JKKK disetiap rumah panjang atau di kampung harus mengambil kira setiap perkara ini oleh kerana pengerusi JKKK harus tahu ke mana tujuan membelanjakan wang peruntukan untuk JKKK mereka itu.

Jelasnya, pengerusi JKKK itu sendiri haruslah memikirkan bersama dengan ahli JKKK mereka, kemana mereka hendak membelanjakan wang tersebut asal geran wakil rakyat tersebut untuk tujuan pembangunan.  

Turut hadir pada majlis berkenaan, ketua ketua jabatan kerajaan serta ketua ketua masyarakat setempat yang lain.