Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Jadikan setiap perayaan sebagai landasan kukuh perpaduan: Masir
Tarikh : 07 Feb 2017  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat mahu setiap perayaan diraikan pelbagai suku kaum di negara ini dijadikan sebagai landasan mengukuhkan perpaduan.

Menurut beliau, adalah wajar setiap perayaan diraikan oleh semua suku kaum secara bersama.

“Kita melakukan kunjung-mengunjung melambangkan semua kita berada dalam 1Malaysia,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Persatuan Soon Heng Simanggang di sini malam kelmarin.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, amalan kunjung-mengunjung satu budaya unik dan harus diteruskan bagi menjamin perpaduan rakyat berbilang kaum.

Beliau berkata rakyat dapat tinggal bersama dalam aman dan damai, menghormati agama, kebudayaan dan adat resam kaum lain.

Katanya rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mempunyai dasar amat baik dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Penyertaan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyumbang tenaga dan kemahiran dalam mengelolakan aktiviti mengekalkan perpaduan,” katanya.

Turut hadir Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pemanca Lee Siang Hua, Penasihat Persatuan Datuk Tan Chong Meng, Pengerusi Persatuan Soon Heng Simanggang Tay Chiew Hua serta yang lain.