Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Ogos 2018
Versi 8.1.0
Kerajaan sememangnya menyokong aktiviti persatuan Cina: Harden
Tarikh : 02 Feb 2017  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SRI AMAN: Kerajaan negeri sememangnya menyokong aktiviti persatuan Cina di negeri ini dari segi agama mahupun pendidikan.

Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis berkata wakil-wakil rakyat di negeri ini sering menyalurkan peruntukan kepada sekolah Cina dan tokong-tokong Cina.

Katanya kaum Cina majoriti dalam bidang perniagaan dan mempunyai ekonomi teguh, perlu bersama kerajaan menentukan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi dimanfaat bersama.

“Usaha kesatuan ini terbukti mendukung konsep 1Malaysia mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat di samping merealisasikan konsep perpaduan dalam perniagaan,” katanya pada kunjungan rumah terbuka ketua-ketua masyarakat Cina DUN Simanggang di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, masyarakat Cina berkebolehan dalam sektor perniagaan, berpeluang membantu mereka yang kurang berupaya.

Katanya, peranan dan tanggungjawab sesebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam gerakan sosioekonomi dan memacu bangsa dalam pelbagai bidang.

“Kebajikan ahli pertubuhan juga perlu diberi perhatian dalam mengekalkan sesebuah pertubuhan agar terus mantap dan dihormati,” katanya.

Turut mengiringi beliau semasa kunjungan itu isterinya, Datin Simba Nallang, Kaunselor Andar Suntai serta ketua-ketua masyarakat.

Harden turut berkunjung ke rumah terbuka Pemanca Lee Siang Hua, Kapitan Kuek Aik Seng serta yang lain.