Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Jun 2018
Versi 8.0.4b
191 terima sumbangan alat tulis
Tarikh : 27 Feb 2017  Sumber Berita: Utusan Sarawak
 

SRI AMAN: Seramai 191 orang murid termasuk murid PPKI dan Pra Sekolah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin, Sri Aman telah menerima sumbangan berupa alat tulis di sini semalam. Kesemua mereka telah pun menerima alatan terbabit menerusi Program Pengagihan Alat Tulis Sekolah-sekolah Kebangsaan DUN Lingga 2017 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat DUN Lingga yang berlangsung di sekolah berkenaan.

ADUN Lingga, Simoi Peri ketika berucap merasmikan program tersebut menasihat para murid agar memanfaat sebaik mungkin sumbangan berupa alat tulis yang mereka terima pada hari ini bagi tujuan pembelajaran. "Sumbangan ini mencerminkan usaha Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat DUN Lingga dalam membantu anak-anak jati di sini untuk memperoleh alatan pembelajaran yang secukupnya ketika menuntut ilmu di sekolah.

"Justeru adalah menjadi harapan saya dan Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat DUN Lingga untuk melihat anak jati kita di sini menjadi insan yang berjaya dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang," kata beliau.

Simoi turut menambah bahawa Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat DUN Lingga akan terus mengadakan program yang sama terhadap tujuh lagi buah sekolah dalam kawasan DUN Lingga pada tahun ini.

Tujuh buah sekolah rendah terbabit katanya adalah SK Pulau Seduku Lingga, SK Sembayang, SK Saint Dunstan, SK Lela Pahlawan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Lingga, SK Maludam dan SJK Chung Hua Maludam. "Selain menyampaikan sumbangan alat tulis, pihak kita juga akan turut menyerahkan geran peruntukan kerajaan kepada sekolah-sekolah terbabit mengikut jadual yang telah ditetapkan pada tahun ini," kata beliau.