Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Perbaharui, Mohon Pasport Lebih Mudah Di Sri Aman
Tarikh : 01 Jul 2017  Sumber Berita: http://www.utusanborneo.com.my/2017/07/01/perbaharui-mohon-pasport-lebih-mudah-di-sri-aman
 

SRI AMAN: Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman bakal melaksanakan Sistem Memperbaharui dan Permohonan Pasport Baharu dalam tempoh sehari berkuat kuasa Julai ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menjelaskan pelaksanaan sistem baharu ini bagi pejabat di Sri Aman bertujuan menjimatkan masa pemohon baharu mahupun pemohon pergi ke Ibu Pejabat Imigresen di Kuching bagi tujuan sama.

“Sebelum ini, tempoh untuk memperbaharui dan membuat permohonan baharu bagi pasport ini mengambil masa tempoh 14 hari bekerja di mana setiap permohonan baharu mahupun memperbaharui pasport berkenaan akan dihantar ke ibu pejabat di Kuching untuk proses selanjutnya sebelum dikembali semula ke pejabat Sri Aman untuk dituntut pemohon,” ujarnya.

“Apabila sistem baharu berkuat kuasa Julai ini, ia akan menjimatkan masa pemohon untuk ke Kuching bagi memperbaharui mahupun memohon pasport malah mengurang kos pemohon juga,” jelasnya.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Dewan Datuk Mong Dagang dan Penutupan Gawai Dayak 2017 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tenggang dekat sini semalam.

Beliau menambah, sebelum ini kebanyakan pemohon membuat permohonan dan memperbaharui pasport ke ibu pejabat di Kuching mahupun di UTC terdekat memandangkan ia dapat siap dalam tempoh sejam ke dua jam sahaja.

“Justeru, dengan perlaksanaan sistem ini di pejabat Sri Aman nanti, ia akan memudahkan rakyat kita di Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Sarikei dan kawasan terdekat membuat permohonan bila-bila masa kerana ia dapat siap dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Ini juga merupakan salah satu lagi pembaharuan dilaksana Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mana imigresen merupakan salah satu daripada agensi di bawah kementerian ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Bujang Kanang, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman, Josipah Sabas, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman, Richard Tawan Sedu, Penghulu Johnny Lumi serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Pada majlis berkenaan, Masir turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM 10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tengang, Sri Aman bagi tujuan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun mereka.