|
|
 |
Saya sebagai Walikota Majlis Daerah Sri Aman dengan ini merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan implementasi Laman Web Majlis yang akan membawa perubahan dan pembaharuan dalam menyampaikan maklumat dan aktiviti-aktiviti Majlis. Dalam era IT kini, kita mesti sedia mengubahsuai cara-cara kita bekerja secara elektronik supaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan sistematik dan cepat.
Saya mengharapkan dan penuh kepercayaan bahawa laman web ini akan meningkatkan lagi kualiti kerja-kerja seharian kita dan segala maklumat berkaitan dengan Majlis dapat disampaikan secara 'online' kepada pelanggan-pelanggan Majlis di mana jua berada.
|
Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak kerana berjaya membantu pihak Majlis membangunkan usaha-usaha implementasi Laman Web ini.
Sekian, terima kasih.
YBhg. En. Piau ak Inggot
PPN,ABS,BBS,PPS,PPA,PPM
Walikota,
Majlis Daerah Sri Aman.
|
Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Sri Aman 2008 |

Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia. |