Peti Surat No. 78, 95007 Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Tel: 6083-322066, 322072 Fax: 6083-320829

 

 

Hubungi MDSA
Kerajaan Negeri Sarawak
www.sarawak.gov.my
MAMPU
www.mampu.gov.my
KASKAnet
www.moeswk.gov.my

 

 

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan tuan/puan ke Laman Web Majlis Daerah Sri Aman.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Sri Aman sama seperti Majlis-majlis lain di Sarawak berkhidmat untuk orang ramai. Oleh itu, bagi mencapai matlamat ini, kami perlu berorentasikan perkhidmatan secara menyeluruh ( Totally Service Oriented ). Kami harus memberi perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan, maka para pegawai dan kakitangan MDSA perlu menanamkan budaya kerja cemerlang dalam diri masing-masing serta menjalin semangat bekerja dalam satu pasukan. Semua kakitangan daripada peringkat rendah ke peringkat atas hendaklah melangkapkan diri dengan ilmu IT.

Saya sebagai Ketua Eksekutif ingin memastikan bahawa Majlis akan sentiasa menjalankan tanggungjawab dalam menyediakan kemudahan rekreasi dan infrastruktur serta sentiasa berusaha memberi perkhidmatan kemudahan supaya penduduk di Majlis Daerah Sri Aman dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Akhir sekali, saya berharap menerusi Laman Web ini segala maklumat, aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang tahun serta berita-berita terkini yang berlaku di Majlis Daerah Sri Aman dapat disampaikan kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.

(Encik Jack Aman Luat)
Setiausaha
Majlis Daerah Sri Aman.

 

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Sri Aman 2008

 

 

 

Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia.

Projek Gemilang