Peti Surat No. 78, 95007 Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Tel: 6083-322066, 322072 Fax: 6083-320829

 

 

Hubungi MDSA
Kerajaan Negeri Sarawak
www.sarawak.gov.my
MAMPU
www.mampu.gov.my
KASKAnet
www.moeswk.gov.my

 

 

 

Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti (JPKP) Majlis Daerah Sri Aman dalam usahanya untuk memperkukuhkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disumbangkan telah menggubal Piagam Pelanggan.
Piagam Pelanggan MDSA adalah seperti berikut:

  • Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan mesra, bertanggungjawab, jujur, amanah dengan mengutamakan kepentingan awam.
  • Kami akan memastikan nilai tahunan bagi taksiran cukai pintu dinilaikan dalam tempoh 2-3 bulan setelah Sijil "Menduduki Bangunan" dikeluarkan.
  • Bil – bil tuntutan akan diproses dan dilaksanakan dalam masa 1 – 3 minggu
  • Kami akan memastikan pemungutan sampah-sarap dilaksanakan secara cekap dan dijalankan tidak kurang dari sekali dalam masa 2 hari mengikut syarat yang terkandung dalam Perjanjian Kontrak.
  • Kami menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk menggalakkan tabiat dan sikap suka membaca.
  • Kami sentiasa memastikan keindahan dan kebersihan kawasan bandar dipelihara dan dilanskap dari masa ke semasa.
  • Visi kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di daerah ini dengan menambahkan kemudahan awam, infrastruktur dan kemudahan rekreasi. 
  • Kami sentiasa memastikan bayaran kepada Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Kontraktor, Firma dan orang perseorangan dibayar dalam masa 1-3 minggu selepas bil diterima.
  • Kami akan memastikan bahawa taksiran untuk tujuan Taksiran Cukai Pintu dinilaikan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan setelah Sijil "Menduduki Bangunan" dikeluarkan oleh Majlis.
  • Segala bantahan ke atas Nilai Tahunan akan diproses dan keputusannya akan disampaikan kepada tuan/puan punya harta dalam tempoh 1-2 bulan kemudian.
  • Kad keahlian akan diproses dan dikeluarkan dalam masa 10 minit untuk seorang. Kelulusan permohonan keahlian Perpustakaan dilakukan dalam masa 1 minggu.
  • Pinjaman buku akan disempurnakan dalam masa 3 minit untuk satu naskah buku.
  • Kami akan memproses dan meluluskan permohonan pelan bangunan persendirian dan bangunan perniagaan anda dalam tempoh 2-3 bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan telah diluluskan oleh Jabatan Bomba, Jabatan Tanah dan Survei.
  • Kami berjanji akan mengeluarkan Sijil "Occupation Permit" tidak lewat dari 2 minggu setelah maklumat mengenai bangunan siap diterima dari anda berasaskan laporan (Findings) pemeriksaan.
  • Memastikan semua permohonan untuk memperbaharui lesen-lesen diproses dan diluluskan dalam tempoh sehari atau setelah dikeluarkan Sijil Pemeriksaan Kesihatan.
  • Memastikan pengumpulan dan pembuangan sampah dijalankan dua (2) hari sekali mengikut syarat yang terkandung dalam Perjanjian Kontrak.

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran

    1. Menyediakan tempat kerja dalam keadaan bersih dan selesa
    2. Surat menyurat diproses dalam masa 1 minggu
    3. Memproses dan mengemukakan kerja-kerja yang berkaitan dengan perjawatan bagi kakitangan majlis mengikut kadar yang ditetapkan oleh undang-undang, peraturan – peraturan dan pihak-pihak tertentu
    4. Bersopan-santun apabila menjawab telefon, memberi layanan dengan cekap, cepat dan mesra kepada pelanggan yang datang ke pejabat.

Piagam Pelanggan Bahagian Perbendaharaan

  1. Menguruskan perakaunan melalui penyediaan Abstrak Bulanan, Penyata Penyelesaian Bank, penghantaran Akaun Bulanan, penyediaan Akaun Tahunan, Pengurusan Pelaburan Simpanan Majlis, penyediaan Borang Hasil Terpakai dan Belum Dipakai.
  2. Menjalankan urusan pentadbiran seperti menghadiri mesyuarat dan urusan surat menyurat.

Piagam Pelanggan Bahagian Penilaian dan Kadaran

  1. Kami akan melayan pelanggan di kaunter dengan penuh tanggungjawab dan mesra
  2. Kami akan memastikan bahawa taksiran untuk  tujuan Taksiran Cukai Pintu dinilaikan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan setelah Sijil ‘Menduduki Bangunan’ dikeluarkan oleh Majlis
  3. Segala bantahan ke atas nilai tahunan akan diproses dan keputusannya akan disampaikan kepada tuan / puan punya harta dalam tempoh satu hingga dua bulan kemudiannya.

Piagam Pelanggan Bahagian Kerja Raya

  1. Komitment kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah
  2. Kami akan memproses dan meluluskan permohonan pelan bangunan persendirian dan bangunan perniagaan anda dalam tempoh dua atau tiga bulan dengan syarat ia disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan telah diluluskan oleh Jabatan Bomba, Jabatan Tanah dan Survei.
  3. Kami berjanji akan mengeluarkan sijil ‘ Occupation Permit’ tidak lewat dari dua minggu setelah maklumat mengenai bangunan siap diterima dari anda berasaskan laporan ( Findings ) pemeriksaan
  4. Kami sentiasa mempastikan keindahan dan kebersihan kawasan bandar dipelihara dan dilanskap

Piagam Pelanggan Bahagian Perpustakaan Awam

  1. Semua akan dilayan dengan senyum mesra dan bersopan santun
  2. Buku-buku akan disediakan dengan mencukupi dalam berbagai bidang dan bahasa
  3. Kad keahlian akan diproses dan dikeluarkan dalam masa 10 minit
  4. Pinjaman buku akan disempurnakan dalam masa 3 minit
  5. Pemulangan buku akan disempurnakan dalam masa 5 minit
  6. Menyediakan suasana yang aman dan damai untuk keselesaan pengunjung

Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasa

  1. Sentiasa sedia memberikan perkhidmatan yang cekap, jitu dan berkesan
  2. Komitmed terhadap tugas yang diamanahkan dengan mesra dan penuh tanggungjawab
  3. Penguatkuasaan undang-undang adalah tujuan kami melicinkan proses pembangunan, kebersihan dan perkhidmatan majlis
  4. Mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah undang – undang Kecil Majlis Daerah Sri Aman
  5. Peka terhadap masyarakat / kerajaan

Piagam Pelanggan Bahagian Kesihatan Awam

  1. Beriltizam untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,jujur dan amanah
  2. Memastikan pengumpulan dan pembuangan sampah dijalankan dua hari sekali dan mengikut syarat – syarat yang terkandung dalam perjanjian kontrak
  3. Memastikan semua permohonan untuk memperbaharui lesen – lesen diproses dan diluluskan dalam tempoh sehari atau setelah dikeluarkan sijil pemeriksaan kesihatan
  4. Memastikan permohonan lesen – lesen baru diproses dan permohonannya akan menerima surat jawapan dalam tempoh 2 bulan
  5. Kami akan menyediakan dan mengurus khidmat-khidmat awam seperti pengurusan pembuangan sampah,sanitasi awam, membersih jalan / ruang terbuka dan sistem saliran secara berkesan dan sempurna untuk memenuhi hasrat awam berdasarkan jadual perancangan kami.
  6. Memastikan dan melaksanakan aktiviti – aktiviti penilaian dan pemeriksaan kedai – kedai / kilang – kilang makanan untuk meningkatkan taraf kebersihan premis makanan dan amalan pengendali makanan serta memastikan makanan yang disediakan / dihasilkan adalah selamat untuk pelanggan
  7. Memastikan perlaksanaan aktiviti – aktiviti kawalan vektor secara lancar dalam lingkungan bahagian kawalan mengikut program pelan tindakan kami

 

 

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Sri Aman 2008

 

 

 

Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia.

Projek Gemilang